Ahad, 25 Disember 2016

my weekend story : Kaison Setia City Mall

assalamualaikum people! 
sebenarnya aku dah lama nak pergi setia city mall ni tapi tak berkesempatan jadi akhirnya semalam rezeki dapat pergi alhamdulillah .. :) shah alam dari kolumpo takde jauh sangat so yeasshhh

first mission kami adalah singgah kedai fevret iaitu Kaison !kedai dia dekat L1 , btw aku rasa kaison kat sini lagi besar and banyak sangat pilihan (rambang mata sangat) lepastu apa lagi kan serbu laaaa

disebabkan kami pergi hari sabtu maka kaison jadi crowded laa ,, tapi takde la sampai sesak napas , masih boleh cari barang dengan tenang .. hihi 

aku pun grab la dua barang *ekceli nak beli banyak lagi tapi tahan nafsu laaa hehe* barang dia i kenod deny la kecomelannya~ harga pun sangat affordable and reasonable !! susah tau nak dapat barang comel + tumblr = harga murah .. so haruslah amik satu dua barang .. 

okay tanpa membuang masa , jom tengok apa yang aku dah beli  


set high quality coloured pens *aku main bubuh je nama tu* RM11.90


and these are my sister's 
tumbler RM5.50 *kot la ..

tote bag MISSING RM15 berapa sen ntah .. hehe lupa sorry

 i had a lot of fun masuk kaison hehe 





Selasa, 22 November 2016

tutorial header like mine ^^

Assalamualaikum everyone! dah lame ghasenye tak buat tutorial ye dak? kali ni kita akan belajar cara nak buat header simple tapi feminine 

FYI aku guna picmonkey je because i'm in loooooooovee with picmonkey (aku guna yang biasa je , bukan royale pack) so kita harus gunakan banyak effort la untuk download font,gambar lawa2 .


LINK
picmonkey - editor
dafont - download font 

STEPS 

1- tekan edit , blank canvas dan pilih saiz header ( kalau nak senang pilih FB cover)
2- jadikan canvas warna putih



3- Then , custom text korang

dekat picmonkey ni punya font pun lelawa tapi kalau nk lain sikit boleh download kat dafont , link aku dah bagi so rajin la sikit usaha *hihi

4- Lepaih tu , pi dekat yang icon butterfly tu , cari la overlays (background cecantik korang)
    dan tukar Blend modes kepada lighten 

5- SIAP ! easy peasy

*boleh save kalau nak* 
tapi kalau nak be different , do it yourself :) DIY 

THANK YOU 






Khamis, 6 Oktober 2016

pencemaran maklumat lulz

Assalamualaikum everybody ! 




sejak dua menjak ni kan , penyebaran maklumat/berita palsu ni semakin menjadi jadi lah . Aku cam , konfius jugak lah bila dapat berita yang macam pelik didengar ...macam tak logik pun ada .

kita ni memang lah manusia biasa , selalu buat salah and so on tapi tolonglah jangan sesatkan orang lain XD , tak baik tau . Sila buat kajian dulu sebelum sebarkan kat orang lain . 

Akhir kata , saya prihatin . Anda? 

*haa radio style sangatt*
 

Selasa, 13 September 2016

REVIEW TRAIN TO BUSAN

Assalamualaikum everybodeyhh ^^

So hari sabtu yang lepas ,abg kakak aku bercadang untuk memulakan cuti kami dengan tengok movie korea yang baru sahaja ditayangkan pada 8 September yang lepas. jadi kalau orang dah ajak tu ikut je la kan . hehe .

Tbh, aku langsung tak tengok review pasal cite tu sebelum pergi tgk kat wayang..aku hanya tgk trailer dia sekali dua je , and aku tak expect cerita ni akan buat aku jadi emosional sesangat .. *tudiaa



haa nampak tak jakunku disitu !

Btw, aku tgk dekat ioi city mall and pada pukul 1.40 tengah hari . lepas makan and solat , terus rushing  hahaha.. 

Overall aku rasa movie ni sangat best sebab mempunyai elemen yang dapat membantu masyarakat untuk berfikir sejenak *cengs sastera nyewrps* , Aku harap movie yang lain kalau boleh pls lah letak elemen yang positif macam cerita ni , aku rasa aku nangis 20 kali kot *yeye je* mane taknya bila scene tu dh lepas , ditambahnya dengan scene lagi satu yang buat kau jadi emo , maka bertambahlah eye bag akibat tangisan air mata kasih itu~


I rate it 9/10 ! 

p/s: sorry la aku tak letak sinopsis dia kat sini..malaih XD pelakon dia pun semua best2 ..

Jumaat, 6 Mei 2016

Periksa?

Assalamualaikum gaiss
Pe khabar semua ? sihat ke idak ? kalau tak sihat , minum air kosong banyak2 and moga cepat sembuh :) ..

PPT ataupun bahasa bebudak sekolah sekarang Pipiteyy *haagitu* is just around the corner
19 May 2016 ni ,, wuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhu  nebes nya aii
rasa cepat sangat sebab baru je haritu periksa ( padahal dah 2 bulan yang lepas ) but still sedih .

Untuk hilangkan sedih , here are some of the motivational quotes that I've found :') Hope tabah









Allah Yuftah Alaikum , Bittaufiq Wannajah ! 





Khamis, 14 April 2016

Kehilangan .


Assalamualaikum People !

kali ni punya entry cam random ah sikit sebab baru berlaku secara tiba2 *haa ye la tu*..
ok-ok Jangan buang masa,,masa itu nyawa (baiklah)

Tadi waktu dekat sekolah , ustazah B.Arab tak hadir so, cikgu yang relief *sorikalausalaheja* arahkan kitorang pergi Bilik Rawatan

Memula cam
"Hah!kene cucuk lagi ke?"

"takkan la ,, cek gigi kut.."

Pastu kami selaku anak murid yang baik lagi cemerlang *InsyaAllah amiin* pun memulakan perjalanan ke bilik rawatan yang terletak di blok form 5 dan agak jauh daripada blok lower form tapi best la en dapat meng"exercisekan" kaki yg dah lama duduk hagahagahag..

So , lepas dah sampai tu ,,cikgu suruh puteri duduk la dalam satu bilik tu yang aku tak ingat dia ada diberi nama atau tak tapi macam bilik untuk buat kudap-kudapan kut ^_^

Sambil2 duduk saja tu cikgu suruh baca Yaasin ,,so kitorang baca la then lepaih nak dekat abis masa tu , kami yang puteri ni adakan sesi tazkirah individually..so each of us boleh share stories\ anything yang dapat menusuk Qalbu ..

Then kawan aku dia story la sikit pasal tajuk yang kalau budak asrama dengar agak pilu macam sembilu kasih ah kan..

Pasal PARENTS , yup .
sensitive kot kawan aku yang lain ,, menangih-nangih ,,

"Kalau korang ada mak bapak waktu skang ni , korang jaga la diorang...kalau diorang pening ke apa ke jangan buat tak layan..kalau la waktu tu Allah dah tetapkan mak bapak korang meninggal waktu diorang pening, Menyesal teramat korang nanti .."

haa macamtu la ayat dia aku ubah sikit ,,

That's 100% true  , tapi ramai orang ambil benda ni ringan .
Your parents lahirkan kau,jaga kau
Susah sangat ke nak spend your time for them?
They don't need your money !
All they want is anak soleh\solehah yang boleh sedekahkan doa untuk diorang bila diorang dah takdak nanti ..
Kau belajar tinggi mana pun , tapi kalau mak ayah kau tak redha ngan kau , kau Kosong , aku ulang  ZERO !!

#AmbilIbrah :)

Isnin, 11 Januari 2016

2016 Special Quote


'Sometimes the people with worst past,
create the best future.'

-Umar Bin Al-Khattab (RA)